HELANG PPB3K

Friday, February 26, 2010

Satu-Satunya Anda





Kenapa Helang menjadi Mascot PPB3K?
.
Semuanya kerana cerita yang saya nukilkan dibawah ini. (Samada cerita ini benar atau sebaliknya, itu tidak penting. Yang penting bagi saya ialah pelajaran dari cerita ini perlu kita hayati dan amalkan)
.
Helang mempunyai jangka hayat yang paling panjang berbanding dengan spesisnya yang lain. Beliau boleh hidup menjangkau usia 70 tahun. Namun untuk sampai ke usia ini, beliau terpaksa membuat satu keputusan berat dalam hidupnya.


Bila menjangkau usia 40 tahun, kukunya yang panjang dan fleksibel itu tidak lagi berupaya menyambar mangsa untuk dijadikan santapannya. Paruhnya yang panjang dan tajam sudah mula membengkok.


Bukan itu sahaja, sayapnya yang semakin berat disebabkan bulunya yang semakin tebal telah mula terlekat ke dadanya. Ini menimbulkan kesulitan kepada beliau untuk terbang.

Pada ketika ini, beliau hanya punya dua pilihan: mati atau mesti melalui satu proses perubahan yang amat menyakitkan dalam tempoh 150 hari.


Proses perubahan bermula dengan mana beliau perlu terbang tinggi dan menetap di dalam sarangnya dipuncak gunung.


Di dalam sarang ini, beliau terpaksa mengetuk paruhnya ke batu hingga paruhnya tertanggal dari dirinya. Selepas mencabut paruhnya, beliau perlu menunggu sehingga paruhnya yang baru tumbuh.

Kemudian, beliau akan mencabut kukunya dan menunggu dalam satu jangkamasa lagi hingga kuku yang baru tumbuh.


Selepas itu, beliau akan berusaha pula untuk mencabut bulu-bulunya yang lama dengan menggunakan kuku-kuku barunya. Sekali lagi, beliau perlu menunggu dalam satu jangkamasa hingga bulu-bulu barunya tumbuh.


Selepas melalui proses-proses yang memakan masa sekitar 150 hari ini, kini beliau sudah sedia untuk menjadi ‘helang baru’ dan akan boleh hidup dalam tempoh 30 tahun lagi.

Kenapa perubahan diperlukan?

Dalam banyak keadaan, untuk terus hidup, kita perlu memulakan perubahan dalam hidup ini. Kekadang, kita perlu meninggalkan memori, tabiat dan tradisi lama.


Selepas bebas dari beban lama ini, barulah mudah kita mengambil peluang yang hadir pada ketika ini. Jika tidak, kita akan terus hanyut dalam ’kitaran kejam’ (vicious cycle) kehidupan. Fikirkan ...


Sempena pembelajaran dari kisah helang ini, saya dengan penuh sukacitanya menjadikan helang sebagai ’mascot’ PPB3K. (Nama Saintifik: Haliaeetus Leucocepphalus)